Memberi Makna kepada "Makna".

on Sunday, 7 April 2013
Bismillah.

Kejayaan seseorang itu digantungnilaikan kepada sejauh mana ia mampu taat kepada agama Allah SWT dan mengikuti jejak Rasulullah SAW.

Ringkas. Mukaddimah seperti selalunya.

Lebih kurang seminggu saja lagi insyaAllah akan berakhirlah pula suatu lagi sesi kehidupan saya. Internship akan berakhir selang seminggu lagi. Mungkin bunyinya terlalu tipikal tetapi yang saya rasakan sekrang ada rasa sedih. Bukan tmpat ini yang akan saya rindui tetapi insan-insan di dalamnya.

Kini saya hampir menginjak ke usia 22. Bagi saya, dua tahun ini amat bermakna. 2012 saya bertemu dengan seorang insan yang sudi berkongsi masa hadapannya bersama saya, dan 2013 insan itu itu disatukan dengan saya.

Tidak, post ini bukan berkenaan dia. Tetapi tentang 'kita'.

Tatkala menulis ini mata saya berlinang dengan basahan rasa. Terkenang tiap satu insan yang pernah menyentuh hati dan kehidupan saya, yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan identiti saya sekarang. Tiba-tiba sahaja hati ini dijengah rasa rindu pada mereka. Betul, saya boleh hubungi mereka, tetapi perasaannya sudah tidak lagi sama seperti dahulu. Ada yang sudah berubah dan ada pula yang sudah tidak lagi mengingati saya.

Memberi makna kepada makna, atau lebih mudah lagi, memaknakan kehidupan. Hidup yang serba singkat dan penuh dengan cacamarba kehidupan. Suatu perjalanan yang penuh dengan senda gurau dan tiada kepastian. Saya pasti, setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam memberi makna kepada kehidupan mereka.

Memberi makna kepada makna bukan sekadar memaknakan kehidupan tetapi dengan membawa makna kepada makna kehidupan. Menjadikan target dan matlamat dalam hidup penuh dengan hujah dan sandaran yang jelas.

Di mana dan siapakah matlamat kita? Pastinya, Allah.

Dalam menelusur perjalanan menuju Allah itu pula, keadaan memaknakan makna itu penuh dengan cabaran. Boleh dikatakan kita bertukar identiti saban tahun, malah ada pula yang saban bulan... malah ada yang hampir setiap hari personalitinya berubah. Keadaan hidup di akhir zaman ini memberi cabaran kuat untuk kita istiqamah. Saya kata begini bukan kerana saya tahu, tetapi saya merasainya.

Tiap manusia yang kita temui pasti akan memberi impak pada kehidupan kita. Hatta cashier di kedai-kedai sehinggalah kepada pengemis di pinggir jalan, kalau tidak banyak, pasti ada kesan yang melekat di hati kita. Rugilah, kalau kita gagal mengambil apa-apa pelajaran daripada insan yang kita temui. Bagi saya, hidup ini tiada yang kebetulan. Pasti ada sebab mengapa Allah temukan kita dengan seseorang.

Baik atau pun buruk keadaan dan natijah selepas satu-satu pertemuan, bukanlah hujung pangkal kepada motif kepada pertemuan itu. Tetapi refleksi kepada diri itulah yang amat perlu.

Saya teringat kepada satu perbincangan ringan dengan supervisor saya semasa latihan praktikal ini ketika berbincang berkenaan perkara "santau".

Menariknya, dia tidak berfokus kepada mengapa si penyantau melakukan hal tersebut sebaliknya berfokus kepada mengapa yang disantau itu terkena.

Intipati perbincangan kami berlingkar pada segala sesuatu itu akan berlaku dengan izin Allah jua. Dia yang memlilki perbendaharaan dunia dan tiada sesuatu jua yang terlepas daripada pengetahuanNya. Seperti mana Allah berfirman:


Suatu hujah bahawa tiada satu perkara pun yang berlaku melainkan dengan pengetahuan Allah SWT. Baik buruk sesuatu takdir yang jatuh kepada hamba-Nya adalah dengan izinNya jua.

Tiada yang kebetulan, saya berbisik sendiri ketika dia menerangkan kepada saya hal ini. Dalam memproses perbincangan kami, saya fahamlah bahawa santau itu juga adalah atas izin Allah jua. Bukanlah kerana Dia suka menyeksa, tetapi sebagai suatu peringatan, bahawa pasti ada yang salah dalam tindakan dan amal kita sehingga Allah memberi peringatan sedemikian rupa.

Samalah konteksnya dalam memaknakan kehidupan. Menghela nafas sebagai seorang hamba Allah tidak dapat mencapai erti yang sebenar sehingga kita melengkapkan tanggungjawab dan perintah Allah SWT, iaitu menjadi khalifah dan perwakilan pentadbir dunia ini.

Menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan memulihara agama yang suci ini dan menjadi hak kita pula untuk memastikan agama ini kekal suci.

Kadangkala, dalam mencari makna kepada makna, egoisme dan kedegilan kita untuk mengaku akan kelemahan itu pula yang seringkali diambil peluang oleh iblis. Ketika sang iblis dihalau daripada syurga mereka telah bersumpah untuk tetap menyesatkan manusia.Atas sebab itulah, ada manusia yang suka kepda kebaikan tetapi gagal mengamalkan kebaikan.

Jadi saya tutup sesi muzakarah memberi makna kepada makna kali ini dan beri peluang pula untuk kita sama-sama bermuhasabah dan melihat jauh ke dalam diri.

Bagaimanakah kita memaknakan kehidupan ini? Tidak cukup suka kepada kebaikan melainkan dengan mengamalkan kebaikan. Tiada pula sebaik-baik kebaikan melainkan dengan patuh dan taat kepada perintah Allah SWT dan mengikuti jejak Rasulullah SAW.

Tidak kiralah anda di jemaah yang mana-mana atau anda bergerak solo dan tidak terikat pula dengan mana-mana jemaah. Tetapi, selalulah beringat bahawa kerja ini kerja kita. Bukan kerja org lain. Tiba masanya nanti di hari pengadilan pada masa semua orang sudah mementingkan diri sendiri, dan akan ditanyaa kepada kita...

Bagaimana kita memberi makna kepada makna, ketika kita diberi pinjaman nafas dan nyawa di dunia yang serba sementara?

Wallahualam..

Taufik
0543
7/4/13

2 comments:

Rith said...

"apa makna saya pada dia??"

merungkainya selalu merusuhkan jiwa.
dan banyak masa terbuang di situ.
dan aku selalu kalut pada menyatakan itu.

sedangkan.. memberi makna kepada makna adalah yang lebih bermakna..

adoh...

Mohammad Taufik Ibrahim said...

^^. Mybe sdah masanya untuk beralih 'target' pada pemberian makna tu.

Post a Comment